Thursday, August 4

MoTivATeD StOry..

Assalamualaikum....

"CINTA DAN RASA MEMILIKI.."

Daripada Almarhum Imaduddin Abdul Rahim, atau dikenali sebagai Bang Imad, dalam salah 1 kuliahnya pernah menyatakan bahawa cinta itu adalah keinginan untuk memiliki. walaupun begitu, ketika sedang jatuh cinta, rasa memiliki yang ada pada seseorng akan cenderung menguat. semakin besar rasa cintanya, semakin besar rasa keinginannya untuk memiliki.

sebahagian orang membiarkan perasaan seperti ini menguasai dirinya sendiri, padahal orang yang dicintainya itu sama sekali bukan miliknya. jika tiba-tiba sahaja org yang dicintai itu pergi meninggalkannya, maka dapat dibayangkan betapa besar kekecewaannya dan betapa hancur hatinya..

Ada sepasang muda-mudi yang berkawan sejak lama. mereka berkawan sangat akrab walaupun sekian antara kedua-duanya tidak ada ikatan khusus. rupanya hubungan itu sudah begitu lama dan begitu dekat sehingga si gadis diam-diam berasa jatuh cinta pada teman lelakinya itu. rasa cinta ini, seperti yang umum berlaku, menimbulkan rasa memiliki yang kuat pada diri si gadis. sehingga gadis itu sangat berharap suatu hari nanti teman lelakinya akan melamar dirinya dan mereka dapat menjadi sepasang suami isteri..

tetapi harapannya hancur saat temannya ini memutuskan untuk bernikah dengan org lain. hal ini membuatkannya berasa sangat kesal, swalaupun dia tidak menyatakn secara terbuka. dia berasa marah dan ingin rasanya menampar pipi temannya itu dengan kuat,atau memukul wajahnya dengan kuat. mengapa begitu?? kerana dia menyukai teman lelakinya ini tetapi sebaliknya si lelaki mahu menikah dengan gadis lain. dia bersikap seperti itu kerana tanpa sedar dia telah berasa memiliki temannya ini dan tidak rela "miliknya" ini diambil oleh orang lain.

tentu saja yang menjadi penyebabnya adalah rasa cinta dan rasa memilik. dia sudah berasa memiliki teman lelakinya in sehingga dia tidak rela jika temannya itu menikah deengan org lain.

rasa memiliki yang terlalu besar terhadap benda atau terhadap orang lain dapat menimbulkan permasalahan serius bagi kita. sebaiknay kita memg menyederhanakan rasa cinta dan rasa memiliki ini. dengan begitu, kita tidak akan berasa terlalu tertekan dan sedih berlebihan pada saat terjadinya perpisahan atau kehilangan...

P/s : Renung-renungkan lah..selamat menilai...



0 comments:

Post a Comment

Recent Post

get this widget here

Followers

 

Blog Template by BloggerCandy.com